kuih talam – langkah demi langkah
harga RM 30.00
kategori Resipi
penulis Noraini Zakaria
halaman 0
berat 0 gram
tarikh terbit 01 Februari 2017
isbn 978-967-86-0775-9
SINOPSIS

30 resipi kuih talam tradisional dan variasi rasa terkini dimuatkan dalam buku istimewa ini.

Kuih ini bukan sahaja sebagai pencuci mulut malah mampu menjana pendapatan sampingan anda!

MENGAPA BUKU KUIH TALAM –LANGKAH DEMI LANGKAH HARUS DIMILIKI!

1. Kuih talam tradisional menjadi kegemaran masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India.

2. Dijadikan juadah untuk sarapan, minum petang, majlis kenduri (pencuci mulut/ dessert) malah sebagai juadah ketika berbuka puasa (Ramadan).

3. Terdapat 30 resipi kuih talam tradisional antaranya talam ubi kayu, talam pandan nyonya, talam sugi dan lain-lain. Ini termasuk talam yang divariasikan dengan rasa mengikut trend. Sebagai contoh, talam coklat vanila, seri muka durian, talam kacang merah dan sebagainya.

4. Kuih talam ditunjukkan langkah demi langkah berserta gambar cara membuatnya. Penerangan dalam bentuk bergambar lebih memudahkan pembaca untuk mengaplikasikan teknik menghasilkan kuih talam dengan lebih baik.

5. Melihat kepada survey pembeli buku resipi, mereka lebih sukakan buku langkah demi langkah (bergambar) kerana lebih senang. Orang yang baru belajar lama-kelamaan menjadi lebih mahir jika dipraktis.

6. Kuih talam boleh dikomersialkan untuk sumber pendapatan yang lumayan bagi mereka yang ingin berniaga.

7. Buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Petua membuat kuih talam dari segi peralatan, bahan mentah dan permasalahan yang timbul ketika membuat kuih talam. Penerangan jelas akan memudahkan pembaca.

8. Harga buku ini tidak mahal. Mampu milik.

KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com