cinta abc
harga RM 21.00
kategori Novel
penulis Emma Maizura
halaman 528
berat 0 gram
tarikh terbit 15 Mei 2012
isbn 978-983-124-783-9
SINOPSIS
Seorang ABC, seorang lagi Sewel. Camila tidak pernah menduga kutukan itu akan mendekatkan dirinya dengan lelaki-lelaki itu. Seorang digelar ABC kerana sikap angkuh, bongkak dan cerewetnya. Seorang lagi dicop Sewel kerana aksi merapu ketika cuba memikatnya.

Dua pertemuan membawa dua episod cerita yang memualkan hati Camila. Sikap ABC banyak menggores hatinya manakala sikap si Sewel menyebalkan dirinya. Mujur pertemuan itu terjadi dalam waktu yang singkat. Sebelum dirinya dilabel tidak waras, Camila berjaya membebaskan diri daripada lingkaran kisah ABC dan Sewel.

Camila sering berdoa agar tidak dipertemukan lagi dengan ABC dan Sewel. Namun, badi kebencian itu mengekori dirinya ke mana sahaja. Kuasa ALLAH telah menemukan Camila, ABC dan Sewel semula di Tanah Suci Mekah. Lebih membingungkan, Sewel dan ABC berebut-rebut cuba meraih cintanya. Menyedari di mana mereka berada, dia terpaksa akur pada situasi. ABC bukan seperti tanggapannya dan Sewel sebenarnya tidak sewel.

Cinta tak kenal rupa mahupun siapa. Walaupun dia cuba membina tembok sekukuh Tembok Besar China, cinta tetap datang bagaikan cahaya kilat yang memanah terus ke dasar hatinya. Antara ABC dan Sewel, siapa yang akan menjadi mahram cinta Camila?
KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com