noda
harga RM 19.90
kategori Novel
penulis Richie Rachman
halaman 554
berat 450 gram
tarikh terbit 01 Februari 2008
isbn 978-983-124-332-9
SINOPSIS
Kisah yang diadaptasi daripada sebuah jurnal kehidupan milik Rano Indrapura Collins. Ceritanya bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu menyaksikan papanya mencurangi kesetiaan mamanya. Dia bertindak membunuh Vivek, pembantu rumah yang dianggap parasit dalam keluarganya.

Rano melarikan diri ke Palembang dan bertemu Tuan Christ Goldthope. Dengan bantuan lelaki itu, dia berjaya menjadi pemain bola sepak profesional di Sumatera Selatan. Namun kejayaannya digalang ganti dengan maruah diri. Rano terjebak dalam dunia lelaki dengan lelaki.

Dia jatuh cinta pada Isabelle. Namun hubungan itu terlerai kerana keadaan. Rano tidak disenangi oleh Therry kerana cemburukan personalitinya. Dia juga sering digoda oleh Tony Blake yang mahu budinya dibayar dengan ''''hanya satu malam.''''

Teuku Herman, tokoh paling berpengaruh di kota Palembang pula menggunakan kemewahan untuk memerangkap Rano. Akhirnya, Rano rebah di tangan playboy tua itu. Hubungan terlarang ini mengundang dendam isteri Teuku Herman. Dia berkomplot dengan Toni Blake. Rano ditangkap atas tuduhan mengedar dadah.

Dengan kelicikan Teuku Herman, Rano berjaya melarikan diri ke Phuket dan menukar identiti dirinya menjadi Georgie Collin. Kemudian dengan bantuan Hazel yang mencintainya, mereka mencuba bidang komersial di Kuala Lumpur. Nama Georgie menjadi terkenal.

Bagaimanakah kesudahan jurnal kehidupan pemuda ini? Cinta dan dendam telah membawa Rano@Georgie jauh merantau. Sedangkan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki sejati.
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com