mungkinkah dia
harga RM 28.00
kategori Novel
penulis Anis Ayuni
halaman 480
berat 255 gram
tarikh terbit 01 November 2017
isbn 978-967-86-0827-5
SINOPSIS

Biarpun tiada janji syurga mahupun janji bahagia, namun Nisa tekad dalam hati, ingin setia dalam berkasih. Meskipun, haruman cinta Qashfi yang kekadang seperti kuntuman mawar mekar setaman dan kekadang membuatkan diri Nisa terasa dipinggirkan, namun Nisa tak mahu biarkan ikatan cinta putus di tengah jalan.
 
Qashfi: Kalau Arief dengan Delia sanggup tangguhkan perkahwinan, inikan pulak kita yang belum buat apa-apa persediaan.
 
Nisa: Aku nak kata apa lagi? Takkan nak desak dia supaya hantar wakil untuk masuk meminang. Kalau tak hantar wakil, aku kahwin dengan orang lain. Boleh ke main ugut-ugut macam tu?
 
Nisa langsung tak hiraukan Naufal walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya. Tak mudah hatinya berpaling tadah, walaupun rayuan Ryo berterusan.
 
Ryo: Janji dibuat untuk dimungkiri.
 
Naufal: Kalaulah yang empunya senyuman dan ketawa itu belum berpunya, balik ni terus saya hantar wakil untuk masuk meminang.
 
Tapi, goyah sedikit rasa hati pabila dia diekori peminat misteri.
-Si Cantik Manis, anda sedang diperhati.-
 
Hati sering tertanya-tanya, gerangan yang mengulit rasa hati dalam kiriman mesej yang bisu. Mungkinkah 'gurauan' Qashfi untuk menduga hati kasihnya?


KEKUATAN NOVEL INI 

NOVEL MUNGKINKAH DIA adalah karya ke-13 ANIS AYUNI selepas novel terdahulu PANDORA BUAT INSYIRAH. Novel yang dihidangkan kali ini bukan sekadar bertemakan cinta biasa tapi mengandungi tema universal yang terkandung di dalam kisah suka duka dan pahit manis dalam bercinta.
 
Nisa yang setia dalam berkasih sanggup mengetepikan rayuan cinta Ryo, jejaka Jepun yang sudah lama menaruh hati kepadanya. Nisa juga langsung tidak menghiraukan Naufal, lelaki yang dikenali secara tidak langsung walaupun lelaki itu cuba mencuri perhatiannya.
 
Kemunculan peminat misteri melalui kiriman mesej bisu sedikit sebanyak menggoyahkan hati gadis itu dan akan membuat pembaca tertanya-tanya siapakah peminat misteri itu.
 
Istimewanya novel MUNGKINKAH DIA ini ialah penulis membawa pembaca ke El Nido, Pulau Palawan, Filipina dan beberapa tempat lagi di Negara Jepun. Pelbagai emosi sedih diselitkan di saat mengetahui apa yang terjadi kepada huhungan Nisa dan Qashfi.
 
Putus cinta bukanlah bererti berakhirnya hidup ini dan karya ANIS AYUNI kali ini menjadikan seseorang wanita itu lebih kuat dan tabah dalam menghadapi cinta yang sudah ditakdirkan bukan milik kita.

KATEGORI BUKU
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com