with all my heart
harga RM 26.00
kategori Novel
penulis Adeeba Eryna
halaman 0
berat 0 gram
tarikh terbit 01 September 2017
isbn 978-967-86-0819-0
SINOPSIS

Takdir Tuhan menemukan Syafira Arissa dan Adam Hariz dan menghubungkan mereka sebagai adik dan abang angkat. Satu insiden telah menyebabkan Syafira Arissa membawa diri ke Korea selama lima tahun. Sangkanya kembali dia ke Malaysia, Adam Hariz sudah menjadi suami orang namun sangkaannya meleset apabila dia dilamar hanya setelah dua hari dia kembali ke Malaysia. Biarpun luka lama masih berdarah namun hati tetap berbunga. Syafira Arissa menerima lamaran itu antara rela dan terpaksa. Namun, tiada siapa yang menyangka, seminggu sebelum majlis berlangsung, Adam Hariz telah menjadi milik wanita lain. Kecewa? Benci? Semuanya bercampur baur, lantas majlis perkahwinan mahu dibatalkan tetapi tidak pada Adam Hariz, dia tetap mahu Syafira Arissa menjadi isterinya.

 

Kekuatan Cerita: terdiri beberapa elemen antaranya:-

  1. ADEEBA ERYNA mempunyai kebolehan dalam bidang penulisan. Meskipun baru pertama kali akan tetapi bahasa dan penceritaan menampakkan bakat dan kebolehan dalam diri beliau.
  2. Dia juga selalu update mengenai diri, serta berkaitan dengan kehidupan sehariannya.
  3. Karya yang berlatar belakangkan bahasa ketiga iaitu Bahasa Korea boleh menjadi tarikan untuk golongan pembaca pada masa kini.
  4. Penceritaan di luar jangkaan pembaca. Sebagai contoh penamat penceritaan tidak sama dengan jalan cerita pada permulaan.
  5. Jalan cerita yang berkonsepkan gaya moden dan millenium yang menepati citarasa pembaca. Elemen-elemen sejarah juga turut diselitkan.
  6. Gaya penulisan yang mudah difahami. Penulis menggunakan bahasa-bahasa yang diguna pakai oleh pembaca pada masa kini.
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com