buah hati cik sarimah
harga RM 30.00
kategori Novel
penulis
halaman 416
berat 0 gram
tarikh terbit 01 Mac 2017
isbn 978-967-86-0751-3
SINOPSIS
Jodoh kami, kejutan terindah daripada Ilahi. Razin Aniq, seorang lelaki biasa yang tinggi dengan ego dan terlalu mementingkan maruah sehingga sanggup menafikan walau sedikit pun perasaan kasih sayang yang cuba menembusi ruang hatinya. Sikap pantas baran yang ada pada dirinya telah menjadikan bahasanya sekasar tingkah lakunya. Namun, dia punya alasan sendiri di sebalik cerita itu. Kehadiran Sarimah Aisya, gadis polos yang bersikap lurus dan terlalu berlembut menyebabkan dirinya menjadi mangsa kebencian Razin Aniq. Kata-kata benci sering dihamburkan lelaki itu terhadapnya, bahkan beberapa kali juga dia menjadi mangsa kekasaran Razin Aniq. Namun dalam kekasarannya terhadap Sarimah Aisya tetap wujud suatu perasaan dalam dirinya yang membuatkan dia sentiasa ingin melindungi gadis itu. Tetapi setiap pertolongan yang diberikan kepada gadis itu masih tetap dinafikan niat sebenarnya. Baginya, harga dirinya itu lebih tinggi daripada segala-galanya. “Kau boleh berambus daripada hidup aku. Aku tak perlukan perempuan dalam hidup aku. Lagi-lagi perempuan yang macam kau!” Razin Aniq "Kenapa Encik Razin benci sangat dengan saya? Apa salah saya?" Sarimah Aisya
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com